Khamis, 12 April 2012

Posted by cik Es ღ on Khamis, April 12, 2012 2 comments

 Assalamualaikum & Hello ^.^


Jarum jam tak pernah berhenti bergerak. Saat ke minit. Minit ke jam. Jam ke hari. Hari ke minggu. Minggu ke bulan. Bulan ke tahun. Tahun ke tahun dan ke tahun yang seterusnya. Masa tidak sesaat pun pernah menunggu kita. Terus pergi dan pergi. Hampir empat tahun telah berlalu. Jarum jam telah merentasi jangka masa empat tahun itu. Apa yang berlaku harus dibiarkan berlalu. Yang baik dijadikan panduan dalam hidup dan yang tak baik jadikan sempadan dalam hidup. Kini, hidup aku sebagai seorang pelajar di universiti selama empat tahun lalu semakin ke penghujung. Tiada lagi kuliah dan tak perlu lagi masuk dewan peperiksaan tetapi hanya perlu menamatkan praktikel yang akan bermula minggu hadapan. Walaupun berat hati meninggalkan UPM tetapi hidup ini perlu diteruskan. Selamat Tinggal Universiti Putra Malaysia. Moga baik-baik sahaja di Melaka . Doakan ya (:

hari fisrt jadi orang melaka.. at mydin MITC..      
                                                                                                                                                
Perkataan baru dialek Melaka.. Keluar = Keluau.. keh keh keh..


~Berdebar- debar nak tunggu hari masuk sekolah (:


byee. wish me luck ok !!

* Actually, entri ni asalnya nak update semalam . Tapi problem nak transfer picture huduh kat atas ni to my compaq from my sony ! excited nak tunjuk picture pertama di hari pertama jadik orang Melaka..ho ho ho. Thanks Love sebab tolong setle kan dan aku telah berjaya mengupdate satu entri dengan jayanya ... =p


bye ...

Categories:

2 orang nak jadi puteri/putera:

komentar