Khamis, 27 November 2014

Assalamualaikum..

Alhamdulillah, (segala puji bagi Allah). Tamat sesi persekolahan tahun 2014. Bermakna cikgu-cikgu dan pelajar akan berhadapan cuti penggal yang panjang. Jadi , inilah masanya untuk kita menghabiskan masa melayan hobi masing-masing.

Hari ini, tercipta satu juadah untuk suami tercinta. Resipi puding roti pelangi ini telah diselongkar daripada beberapa blog dan terhasillah puding roti pelangi seperti di bawah. hehehe. :)

 Bahan-Bahan:
       Bahan untuk di  kisar
      2 keping roti*
      1 biji telur ayam* 
      1/2 tin susu cair (200ml)*

Bahan-bahan lain
      5 gm agar-agar tali 
      gula pasir (secukup rasa)
      1 cawan air
      1/2 sudu besar majerin 
       pewarna kesukaan (sy guna hijau&pink)
      
      Cara Penyediaan: 
      1.      Masak agar-agar tali dan juga gula bersama air diatas api dapur.
2.      Sementara itu, masukkan bahan-bahan bertanda * ke dalam mesin pengisar(blender) dan kisar halus(seeloknya rendam roti dalam susu terlebih dahulu)
3.      Tuang bahan kisar ke dalam larutan agar-agar yang mendidih.
4.      Kacau sentiasa hingga larutan agak pekat.
5.      Asingkan dalam beberapa bekas(ikut bilangan pewarna yang akan digunakan)
6.      Tuang adunan berselang-seli.
7.      Sejukkan sebelum dimasukkan ke dalam  peti ais

           #hidangkan puding roti pelangi untuk yang tersayang ;)

Khamis, November 27, 2014 Hamman Chronicle