follower

Isnin, 28 Mei 2012

|| Entri khas buat Incik ♥ saya ||


Assalamualaikum & Hello ^ ^



Malam kau bawalah rinduku
Untuk dirinya yang jauh dariku
Agar dia tidak kesepian
Selalu rasa ada cinta agung :)

Starting entri nak jiwang boleh? muehehehe. Actually, sekarang aku rindukan seseorang. Tapi aku tau sekarang ni Incik ♥  sedang busy dengan dia punya fyp. Ok. Sabar. Tak mau ganggu dia. Biar dia dapat buat kerja tenang-tenang tanpa gangguan dari insan pengganggu seperti aku. hehehe. 


Buat Incik ♥

Awak, walaupun kita jauh.. awak tetap dekat di hati saya. Dalam hati saya selalu doa moga-moga awak sentiasa baik kat sana. Saat awak busy macam sekarang saya tak de depan awak, nak bagi awak semangat, tapi saya tau awak kuat kan kan?? hihihi. Tak de saya pun awak mesti berjaya punya !!! Tapi saya nak awak tau, dari jauh saya selalu hantar semangat tambahan untuk awak melalui angin. Tak percaya? Try buka tingkap  tepi meja PC awak & tarik nafas 2 3 saat, pejam mata. Mesti ada rasa angin sepoi-sepoi yang menyapa tubuh awak. Tu la semangat yang saya hantar. kekeke. Oke awak. Baik-baik buat kerja. Semoga berjaya. Aja- aja fighting !!!! :)




Aja-aja fighting Incik ♥  saya :)

:
:
:
:

byee 

Sabtu, 26 Mei 2012

Happy Holiday !!


Assalamualaikum & Hello ^ ^


Sekolah dah mula bercuti. Horayy ! Happy holiday untuk semua yang bersekolah. Cikgu- cikgu yang bercuti. Manfaatkan cuti dengan sebaik-baiknya.

Alhamdulillah. Selamat sampai kat umah lebih kurang pukul 10.30 malam semalam dari Melaka bersama sahabat Ayu & Qema :) Dalam sejarah, sepanjang perjalanan tak tidur lansung sebabnya banyak sangat cerita. hehehe.. pot pet pot pet, sampai kat rumah. Bermula la percutian aku selama dua minggu. hek hek hek. Dah masuk rumah , dah hilang rasa serabut ape semua. Hati rasa lapang, kepala rasa tenang. Maklumala orang baru nak belajar bekerja. Sebulan bekerja boleh migrine. keh keh =p.. Harap-harap after cuti ni dapatla sesuaikan diri dengan baik kat sekolah. 

Balik rumah rasa macam hari raya. Hari pertama sarapan Umi buat Nasi Dagang. hehe. Bestttt ! Esok katanya nak buat Laksa Penang..hahaha. Tu yang bestnye balik rumah !! 







Selamat Bercuti.... 


byee..:)




Ahad, 20 Mei 2012

Aku syak aku migrine -


Bukan aku mintak ..

Sebelum ni aku selalu salahkan sakit gigi boleh merebak ke sakit kepala.
Tapi malam ni, takde sakit gigi tp tiba-tiba kepala berdenyut-denyut! OMG-- tgh menahan ni.
Aku dah sedar, bile aku fikirkan sesuatu yang agak berat. kepala aku denyut-denyut. Bila tak cukup tidur kepala aku denyut-denyut. Bila aku tension lagi menjadi-jadi. Ya Allah. Semakin banyak penyakit datang bila usia kita makin meningkat.

Tergerak hati aku malam ni nk google pasal migrine. Salah satu link kat belog nih. Ada kaitan dengan apa aku rasa sekarang. Ya Allah. Berilah kekuatan, petunjuk dan hidayahmu agar aku memperoleh kehidupan yang sempurna dan bahagia. Kuatkan hatiku. Lapangkan fikiranku.


****************

aku harap sangat akan berlaku keajaiban supaya tak payah balik UPM lagi sebab aku sangat tak sabar nak balik kampung. Ketenangan aku ada disana. Disini dan dimana-mana aku resah dan gelisah kerana tiada insan semulia umi yang boleh memberikanku kekuatan untuk aku terus berdiri sendiri. Mereka hanya insan yang tahu menyakiti hati insan yang lemah.




byee.. harap dapat tidur lena.