Jumaat, 13 April 2012

Posted by cik Es ღ on Jumaat, April 13, 2012 9 comments

Assalamualaikum & Hello ^.^


Perempuan sering dikaitkan dengan seseorang individu yang sensetif, lembut, tak suka buat kerja- kerja menukang, penakut, dll . hehehe. Tapi jangan tak tahu, ada jugak lelaki yang jenis macam gini & ada jugak perempuan yang terbalik sifatnya dari yang aku sebut kat atas tu. Kebiasaannya bila dikaitkan dengan perempuan kebanyakannya macam tu la sifatnya. eh eh, tapi walaupun kita ni perempuan yang ayu, lembut, comel tak boleh buat kerja lelaki, (hihihi) tapi aku rasa kita kene jugak belajar basic kerja orang lelaki macam menukang segala bagai. hohoho. Kalau tak diri kita sendiri yang susah. hehe.

Haa. semenjak aku duk jauh dari family ni, banyak menda yang aku kena belajar. Berdiri di atas kaki sendiri katakan. hehe. Ok, aku bagi contoh:

Situasi 1 : ( Pejabat pos laju Malim , Melaka). Aku teman kawan aku Imah pergi ambik motor kat pejabat pos. Plat motor kat belakang dia cabut dan kita kene letak sendiri. 
" Haaa. ni plat kene letak sendiri". Terus jalan laju-laju ambik apa nama benda alat tu entah bagi aku & kawan aku nak suh lekatkan plat motor. Aku & Imah dah terkebil- kebil. Nak lekatkan plat moto kat belakang motor pun tak reti. Alahai perempuan. Tapi sentiasa ada insan lelaki yang memahami akan hakikat keleman perempuan. Datang la seorang hamba Allah. " Pandai tak?". Serentak aku & Imah geleng kepala laju-laju tanda tak reti. keh keh keh. Dia terus tolong buatkan dan tak sampai limaminit dah setle. keh keh keh .ok situasi 1 setle. Alhamdulillah.

Situasi 2: (Tesco, Melaka) Oh. Perempuan memang suka sangat shopping kan? Haa. walaupun rumah sewa aku ni dah lengkap segala macam benda, ada aje menda yang aku rasa tak cukup. Jalan- jalan dalam tesco tu jumpa box yang cute warna- warni. Ehh, tempat letak buku tak da lagi. Takkan sepanjang tiga bulan buku nak duk dalam kotak ( alasan nak beli cute box tadi ). keh keh. Terus jalan laju- laju ngan kaki shopping yang seangkatan ke tempat yang ada cute box tu. ehh. ni kena pasang sendiri. Ha, ada sorang member aku Ayu yang reti menukang setuju untuk pasangkan. So, apelagi terus ambik la. =p rm. 9.90. 
Balik rumah terus nak pasang box ni. Oh skrewdriver takde. Camne nak pusing skru nak lekatkan kotak ni ye. Ok. Kuarkan segala alatan dari pensil box aku. Pisau, stepler,. tapi tak mampu nak lekatkan jugak. Separuh kerja je jalan. Masuk dapur ambik penebuk susu. HAHAHA. Agak- agak jadi tak? Mestila tak kan. Inila perempuan, lansung tak simpan alat-alat menukang. Alat make up adala. hihihihi. Maka tersadai la box tu sampai petang hari tunggu jiran balik kerja mintak pinjam skrewdriver. Malamnya baru setle siapkan box- box tu. Terima kasih jiran (:

tadaaa... thanks to Ayu


Situasi 3 : ( Rumah sewa di Kg. Bukit Piatu, Melaka ). Malam pertama tidur kat umah sewa lansung tak lena. Pusing kiri kanan tak boleh nak tidur. Nak tau kenapa? Takut tidur dalam gelap. Haihh. Nak bukak lampu kesian kat member sebelah. Keesokan harinya kene luahkan jugak rasa hati pasal xleh tidur dalam gelap. Bukan apa, bilik kat umah sewa aku ni, bila tutup lampu satu garisan cahaya pun tak da. Oh,.. tak boleh - tak  boleh. Kena jugak cari lampu tidur. Lampu oh lampu. Yang cam mane nak gune ni. Mentol merah, mentol oren. Ape tu. Mane yang oke? Haii. tu semua ayah aku yang uruskan kalau umah. Nasib ada kawan aku Ayu  ni lagi yang tolong bantu aku carikkan lampu tidur yang murah (rm4.99) dan selesa nk guna untuk tidur. Kalau tak kena cara silau cahaya tak boleh tidur jugak kan. Tidur tu penting. Kah kah kah. Okeeee... semalam dah tidur lena . Alhamdulillah (:

Butterfly with me. Tak takut tidur lagi dah (: hehehe


Pesanan penaja: Jadilah wanita yang serba boleh & serba tahu walaupun tu kerja- kerja orang lelaki. Dapat buat basic pun dah kira ok dah tu . hehehe. Peach ^.^

byee :)
Categories:

9 orang nak jadi puteri/putera:

  1. baik nye cik ayu awak tu. :)

    BalasPadam
    Balasan
    1. Alhamdulillah. dapat kawan yg baik ..hihi

      Padam
  2. hehehe... betul tu.. dapat yang basic pun dah ok..

    (thnks utk side bar) hehe

    BalasPadam
  3. Wei, mak cik! Tak elok tidoq dlm terang da...! :p

    BalasPadam
  4. hoho,..menarik kisah,..haa,..awak tentu banyak kawan kan??haa,.dato nk offer awak jd agent topup,..senang2,..baca laa kt blog dato,.free jaa daftar,..

    http://traveloghidup.blogspot.com/2012/04/jom-jadi-agent-topup-mudah.html

    BalasPadam
  5. wow,pasang lemari sendiri ke tu?

    BalasPadam
  6. baru terperasan nama saya ada tp pe2 pun wlcme...mnda yg thu leh la tolong....bleh jgk knl Malim kn hehehe
    mood :: kembang jap ni :-)

    BalasPadam

komentar