Sabtu, 28 April 2012

Posted by cik Es ღ on Sabtu, April 28, 2012 3 comments

Assalamualaikum & Hello ^.^


Dalam entri ni aku rasa nak tukar Kata Ganti Nama diri boleh tak? Boleh tak boleh nak jugak ! Muehehe . Nak tukar kata ganti nama aku kepada cikgu. Sebab musabab aku nak guna KGND cikgu ni kerana entri yang bakal dihasilkan ialah berkaitan dengan dengan dunia seorang guru setelah dua minggu menjadi cikgu di sekolah. hehehehe.


Ok- ok! Dalam entri ni cikgu akan bahagikan kepada beberapa situasi yang mana kejadian-kejadian ini berlaku sepanjang cikgu berada di sekolah. Perkara yang berlaku ini akan cikgu kenang sampai bila-bila sebagai pengalaman seorang cikgu praktikel di SMK SERI KOTA, MELAKA. hihihi :)

bukan muridku ! sekadar gambar hiasa. hehehe



Situasi 1

(Cikgu ditugaskan untuk relief kelas yang sama pada waktu pagi & sebelum balik)
Masuk kelas awal- awal pagi dah ada murid- murid cikgu yang tidur. Zaman sekarang bukan macam zaman P. Ramlee lagi adik kakak oii. Kalau dulu hari- hari cikgu tidur. Tapi sekarang tak lagi dah. Hari- hari murid tidur. Dunia dah berubah. Itu la hakikatnya. Nak jadikan cerita, pagi & tengahari masuk kelas tu, murid yang berlainan tidur. Oke, masuk waktu pagi, tugas cikgu kejutkan budak- budak yang tidur melentok atas meja. Amboi anak murid cikgu ni, kot ye pun malas belajar jangan ler tidur pagi- pagi nih. Kan PK lalu kat kelas ni cikgu jugak yang kena. Alasan ada yang kerja malam la, tidur lewat tengok bola la,pot pet - pot pet. OK, maaf ye ! cikgu tak leh terima apa pun alasan. Time dalam kelas tak sepatutnye tidur ye. Kalau waktu pagi dah mengantuk, waktu tengahari apalagi. Makin ramai ler yang tidur. Tapi murid yang tak tidur waktu pagi tadi. hehehe. Sekali lagi tugas cikgu kejutkan budak- budak tidur. Salah sorang murid berkata : CIKGU DALAM KELAS NI TIDUR ADA SHIF! PAGI ORANG LAIN, TENGAHARI ORANG LAIN PULAK. adoyaiii, nasib kelas relief je! tapi dasar kat sekolah ni cikgu tak boleh biar student tidur, kene kejutkan jugak ! Ting tongg. cikgu pening dan terkedu dengar kata-kata student. Haihh, zaman sekarang dalam kelas dah ada shif tidur. Kelasss kau !



Situasi 2

(Cikgu perlu pakai pakaian sukan ke sekolah kerana ditugaskan memantau murid buat latihan netball)
Kes ni cikgu perlu buat- buat seronok bila terpaksa memantau murid seawal jam 6.45 pagi perlu ada kat sekolah dan balik pula seawal jam 7 petang. Ohsemm! seronok sangat. Sekolah sukan ok! hehehe... Cikgu dengan rela hati menunggu murid- murid kesayangan duk main netball. Hakikatnya cikgu sangatla tak suka sukan- sukan ni =P  hehehe. Ada perkara yang sangat tak best bila perlu pakai pakaian sukan masuk kelas. Salah seorang murid berkata: CIKGU, UMUR CIKGU BERAPA? CIKGU PAKAI MACAM NI MACAM BUDAK UMUR 18 TAHUN. CIKGU KECIKNYEE!!! ^.^ Cikgu memerlukan kasut bertumit time masuk kelas supaya nampak lebih tinggi & memakai baju kurung supaya lebih nampak lebih besar !!!



Situasi 3 

(Cikgu mengajar kat depan murid duk sok sek- sok sek kat belakang)
Dalam kelas cikgu punya la bersemangat duk mengajar. Tangan dah macam Karam Sing Walia dah ni duk beri penerangan kat murid- murid. Tapi yang sepoi mood cikgu tiba- tiba cikgu dapat mengesan dua orang duk perempuan duk sengih- sengih. Tak cukup sengih, dieorang main bisik- bisik pulak. Haih, dah mula tak sedap hati dah ni. Budak ni kenapa?? Tudung aku senget ke?? Air liur aku tersembur ke?? Steress cikgu kejap. Tak pa, tahap kesabaran cikgu masih lagi terkawal dan cikgu mampu lagi tersenyum kepada murid yang tersengih- sengih tadi. Habis waktu pengajaran, budak perempuan datang salam cium tangan macam biasa. Datang dua orang budak tadi. Selepas salam cium tangan salah seorangnya berkata: CIKGU, CIKGU COMEL LA. BILA CIKGU CAKAP KAT DEPAN SAYA SUKA TENGOK MULUT CIKGU CAKAP. ^.^ Hoiii. Boleh pulak cenggitu ?? Cikgu cover malu kena puji. Awak ni macam- macam je. Lain kali kan dah segan cikgu nak cakap kat depan. Tesengih-sengih budak tu keluar kelas.      kahkahkah =P   Apa yang penting awak dengar & paham apa cikgu ajar. Puji- puji ni cikgu tak harap sangat pun. (:



Situasi 4

Time perhimpunan mingguan )
Fist time hari isnin hari tu masuk perhimpunan pagi & duduk sebaris di hadapan perhimpunan pagi bersama guru- guru senior . Ohh. Perasaan masa tu dah macam cikgu sangat dah ! Baru sedar "aku" sebenarnya dah bertukar status cikgu. Bukan lagi mahasiswa Universiti walaupun tak habis belajar lagi. Tak boleh nak gelak- gelak suka hati kat mana-mana. Semua menda kena jaga. Jadi cikgu tak mudah. Murid asyik duk perhati tingkah laku cikgu. Maka cikgu dengan tiba- tiba berubah jadi manusia yang sedikit matang. Tapi tak best sangat la tak boleh buat perangai gila sesuka hati lagi dah. hehehe :)


Situasi 5

( Guna papan hitam dalam kelas )
Masih ada lagi rupanya kat sekolah guna papan hitam dalam kelas. Silalah percaya walaupun pada mulanya masuk kelas cikgu seakan tak percaya. Nasib kelas lagi satu yang cikgu ajar guna white board. Inilah hakikatnya menjadi seorang guru. Perlu bersedia walau apa jua keadaannya. Perlu menerima apa adanya dalam mendidik anak murid mereka yang pelbagai kerenahnya.



Itu sahaja yang dapat cikgu bebelkan untuk malam ini. Sekadar melepaskan rindu untuk mengupdate blog tercinta dan tidak menghampakan insan yang bertanyakan saya bile nak update blog, asyik yang sama je bila buka, bosan la.. Itu sahaja bebelan untuk malam minggu ni.


byee ;)






3 orang nak jadi puteri/putera:

  1. berbaktilah kpd anak bgsa... jadi cikgu ni sgt mencabar, so saya mmg respect abis cgu yg mmpu amik ati plajar2 ni... :D

    BalasPadam
  2. awal2 pagi dah tidur....mmm
    jadi cikgu ni memang memerlukan kesabaran yang amat tinggi.

    BalasPadam
  3. apa kbr cikgu es...cikgu es mmg tomey...he3333

    BalasPadam

komentar