Ahad, 29 Januari 2012

Posted by cik Es ღ on Ahad, Januari 29, 2012 5 comments

Assalamualaikum & Hello  ^.^


Siapa pernah ada jerawat kat wajah & badan dia? Tak pernah ada jerawat. Wahh ! cun melecuns la dia. hehehe

Sebenarnya tadi aku dapat info dari seseorang pasal kedudukan jerawat. Nak tau ? Terus follow baca sampai habis entry yee ..=)

Korang pernah tahu tak ???


Jika jerawat berulang kali naik pada tempat yang sama je kat muka korang, itu maksudnya area dalaman yang tertentu mengalami masalah. Tapi tak semestinya if kita ada masalah dalam, jerawat ni wajib tumbuh kat kawasan muka yang tertentu. Ada jugak la antara kita yang ada masalah dalaman tapi kulit muka tiada masalah, tapi lebih baik tahu apa yang ada di luaran sekarang sebenarnya datang dari dalaman supaya kita ambil cakna masalah dalam tu.

Kedudukan Jerawat

DAHI
Haba badan melampau, peredaran darah tak baik. Minda dan badan mungkin terlampau letih. Stress kumpulan ini biasanya panas baran.
Cara atasi : Amalkan tidur awal, bangun awal. Tidur mesti cukup & banyakkan minum air.


HIDUNG
Jerawat di batang hidung ni pulak mungkin tulang belakang kita bermasalah . Di hujung hidung kerana haba perut melampau dan sistem penghadaman tak normal. Di salah satu hujung hidung pula boleh kaitakan dengan ovari @ sistem reproduksi.

DAGU
Fungsi buah pinggang terjejas @ sistem endokrin (rembesan dalam) lemah. Kaum wanita mudah mendapat jerawat di sekitar dagu mungkin berpunca daripada haid yang tidak teratur dan sistem peranakan yang bermasalah.

PIPI KIRI
Fungsi hati mungkin kurang lancar termasuk masalah rembesan, menyahtoksin dan penghasilan darah.

PIPI KANAN
Fungsi paru- paru mungkin tak normal

PADA BADAN ( BELAKANG & DEPAN )
Sistem perkumuhan yang bermasalah, sembelit. Amalkan pemakanan yang sihat ikut piramid makanan bagi memastikan toksin tersingkir dengan lebih baik.




Sekadar berkongsi info daripada sumber yang boleh dipercayai .hihihih =)





babai ..^.^



5 orang nak jadi puteri/putera:

  1. wah bagus2...dapat info best..:)

    BalasPadam
  2. alamak, laptop saya xdpt baca tulisan awk. awk pakai tulisan jenis apa?

    sye hanya nmpk kotak2 jelah wak..huhu sedey3

    BalasPadam
  3. hehehe. intenet problem kot . =)

    BalasPadam

komentar