Rabu, 14 September 2011

Posted by cik Es ღ on Rabu, September 14, 2011 2 comments
Asslamualaikum..

Hari ke-3 kuliah pada sem 7. Sem 7 bermakna aku dah berada di tahun terakhir sekolah di universiti.. hehehe..
Jumaat ni cuti Hari Malaysia, maknanya tinggal lagi sehari untuk aku habiskan minggu pertama. Maknanya tinggal lagi 13 minggu kuliah. horayyyy!!! Walaupun aku akan tinggalkan UPM tapi UPM tetap dihatiku ( gaya macam esok dah nk tinggal upm) hihihi..


aku budak final year ok- muahaha

Macam biasa, kehidupan di kampus untuk orang yang tak ada transport cam aku ni, bus ialah kaki kedua aku akan bawak aku ke mana sahaja aku nak pergi ( dalam kampus ni jela) hahhaha. Time aku tunggu bus tu ada lima orang budak laki datang and dengan slumber je goyang- goyang tangan isyarat nk suh kawan aku tepi sikit. Kawan aku yang baik hati nih bagi le ruang sikit kat budak laki nih. Dah dapat duduk boleh plak die sengih- sengih.


Aku konfius gak! apa kena budak nih. Nampak gaya macam junior baru masuk. Aku cam ler sebabnye duk pakai kemeja siap kasut segala bagai. hahaha. kalau senior, ada ke gaya cenggitu? tak de aku rase selain yang ada presentation. hehehe.  Tiba- tiba budak junior ni duk sampuk aku cakap. Aku tengah syok je duk gosip ngan kawan aku. Jeles lettuw nengok orang happy.

junior: kak, senior?

aku: a ah

junior : tahun berapa?

aku : final year ( riak dan bangga- haha)

junior: nih budok baru nih (dialek klate)

kawan aku: tahu, tengok doh tag tu (tag kaler merah untuk budak-budak baru)

dalam hati aku, aku xtanye pun ko budak baru ke tak, sebab aku dah tau ko memang junior.hahaha. ok aku faham maybe k0 nak beramah mesra . hehehe

Yang aku tak puas hati bile aku cakap senior boleh pulak budak tuh kata , 0hhh..umur tu0 doh ni.. cepat- cepat je aku bangkang..eh, memang dah final year tapi umur muda lagi la..hahaha. ehh, golongan tua dalam kamus hidup aku yang berumur 40 ke atas tuh. hahaha. sensetif betul aku dengar orang kata tua nih. Aku baru je 18 tahun.. muahahaha.. ce tengok doodle vesri aku kat atas tu, ada gaya tua x?(doodle tu 1st time aku wat sendiri ) jadi tak? haha..

Ada lagi la benda yang aku menyembang ngan budak junior tu yang rupa- rupanya junior kaunseling kolej aku sendiri.. terus je nk mintak signiture.. tak boley- tak boley, signiture- signiture kat  kolej je! hahahaha.. bus datang. ok, masing- masing berlalu :) hihihihi


daaaa........


2 orang nak jadi puteri/putera:

komentar