Isnin, 7 Mei 2012

Posted by cik Es ღ on Isnin, Mei 07, 2012 2 comments

Assalamualaikum & Hello ^.^


Pasrah dengan ketentuan hidup? Perlu ke pasrah dan menyerah kalah tanpa ada usaha untuk kita capai apa yang sepatutnya menjadi milik kita? Ya. Betul manusia yakni kita-kita ni hanyalah mempunyai kuasa merancang & yang menentukannya sudah pasti Allah S.w.t . Ehh, aku memang tak reti nak buat permualaan entri. hehe. failed!! oHH.. ajar student wat pendahuluan karangan kemain lagi dalam kelas. Tapi nak update dalam entri ikut gaya nak wat karangan rasa macam skima la pulak. errkk. Oke- oke. Apa yang sebenarnya aku nak cakap ialah kita ni kadang- kadang tersilap memilih untuk kehidupan masa depan. Kita dah sedar kita silap tapi kita teruskan jugak dengan alasan pasrah dengan ketentuan hidup. So, betul ke cara camni?? 


Still tak faham ayat belit-belit aku kan ?

Kisahnya camni, aku makin sedar sekarang aku memang tak happy dengan apa yang aku lakukan. Maksud aku, kerjaya aku sekarang. Sekarang tiap kali teringat nak masuk kelas esok hari nya, hati mesti tak tenteram. Kenapa? Normal sebagai guru praktikel ke @ memang aku yang tak normal? Aku tak rasa happy nak melayan karenah budak-budak yang kadang-kadang terlebih manja. Rasa macam diri sendiri hipokrit buat something yang bertentangan dengan kehendak hati. Ya, aku tahu kerjaya guru memang satu kerjaya yang sangat mulia jika seseorang itu betul- betul menghayati bidang perguruan. Tapi tak ramai guru yang macam gitu kan.


Faham tak apa yang aku rasa??

Perasaan bila diri kita dipaksa melakukan sesuatu perkara yang kita tak suka. Tak enjoy la. Nak balik kampung sekarang jugak :(

Aku harap kalau betulla aku memang ditakdirkan untuk menjadi seorang guru, perasaan tak enak camni aku harap terasa masa aku praktikel je. Bila dah betul-betul jadi cikgu dah tak ade dah perasaan camni. huhuhu.Aku nak happy dengan apa yang aku lakukan. Ada cadangan?? Atau aku perlu fokus pada minat aku? Tapi tu dah jauh sangat dah nak kejar balik. Umur aku sekarang dah berapa puluh tahun. Nak kerja dengan baik cepat-cepat, nak kawen cepat-cepat. ^.^


Tuhan tolong la! Berikan aku jalan yang bahagia (:





byee..


2 orang nak jadi puteri/putera:

  1. sabar.. itu biasa je kot .. sy pon pnah alami :)

    BalasPadam
  2. lama2 akan jadi biasa kot.. sabarlah

    BalasPadam

komentar