Rabu, 9 Mei 2012

Posted by cik Es ღ on Rabu, Mei 09, 2012 No comments

Pengalaman , pengalaman dan pengalaman. Itulah dunia kehidupan aku sekarang. Kalau sebelum ni ,aku rasa dunia kampus dah banyak memberi pengalaman dalam hidup. Tapi itu sebenarnya hanya sedikit sahaja yang aku lalui. Dunia kerja lebih mencabar rupanya. Sangat banyak pengalaman yang tak diduga telah aku alami. Kerenah manusia yang pelbagai sangat menguji emosi aku.


Hari Isnin :7/5...

Kalau penimat suka negara mesti tahu pasal kejohanan hoki dunia. Malaysia lawan Iran, Korea & Jepun. Part Malaysia lawan Korea & Jepun tu yang aku pergi iring student aku selaku pasukan sorak negara. Btw tahniah pasukan hoki remaja Malaysia berjaya menjuarai peringkat kumpulan. huhuhu. Time kat sini, student suke sangat nak mintak cikgu blunje."Cikgu, blunje air satu pun cukup laa"..amboii, kalau cikgu banyak duit boleh la cikgu bagi. Ni cikgu takde gaji lagi. hohoho. Dah la student ramai. Blunjer sorang yang lain pulak jeles nanti. So, cikgu nak minum & makan pun kene sorok-sorok ^.^ Tapi, ada jugak time nak balik, datang sorang student, "Cikgu, ni Rizuan 1B bagi cikgu" Sambil hulur plastik buah yang dijual digerai-gerai sekitar kawasan.Alahai, nak bagi sendiri malu-malu pulak. haha. Cikgu lagi dari student, student pulak yang blunje cikgu. Nak dijadikan cerita, student ni aku selalu sangat duk marah die dalam kelas sebab malas menulis. Rasa terharu jugak la walaupun kita selalu marah dia, tapi dia tak pernah simpan rasa marah tapi dia balas dengan memberi sesuatu untuk kita. Satu perkara yang aku belajar, budak-budak ni dia nakal dalam kelas sebab nak tarik perhatian cikgu. Nak cikgu selalu dekat dengan dia. Selepas bagi buah tu, aku tengok Rizuan ni rajin sangat dah menulis. Dah tak payah marah-marah lagi dah. Alhamdulillah (:


Hari Selasa: 8/5...

Student aku dah pandai cemburu. "Cikgu sayang  dia lebih, tak sayang kita" selalu sebut nama dia je. Selalu pergi tempat dia je. Mak aii.. Cikgu tak sayang lebih siapa-siapa la, semua sama je. Aihh. jawab camtu pun tak puas hati lagi.. Sampai cikgu buat-buat merajuk kecik hati baru nak diam. hahaha. budak-budak ni kadang-kadang kelakar. Aku terus je pegi belakang kelas sambil & suruh dieorang menulis. Kat belakang aku gelak sorang-sorang. HAHAHA.


Hari Rabu: 9/5

Aku bayangkan sangat tenang masuk kelas student exam. Tapi, MasyaAllah. Bila student tak dapat jawab soalan exam, mula la dieorang duk ganggu kawan-kawan dia yang lain. Hishh. Habis-habis, salah sorang student tanya aku:
Murid: Cikgu, kenapa saya kena jawab exam ni?
Cikgu: Kenapa awak datang sekolah?
Murid: Sebab nak main **..**

o.O!!


mood: taksabarnaktunggucutisekolah !!!



byee(:

0 orang nak jadi puteri/putera:

Catat Ulasan

komentar