Ahad, 2 Oktober 2011

Posted by cik Es ღ on Ahad, Oktober 02, 2011 7 comments
Hai- hai wanita cantik, gedik, cute & comel sekalian- muahaha

Semua wanita nak cantik kan?

Semua wanita nak cute kan?

Semua wanita nak comel kan?

Ahakz! aku pun cenggitu gak.. muehehehe  ;p

Tiap-tiap hari mesti duk intai- intai apa product  muka yang konon- kononnya dapat mencantikkan muka aku.. heehh! kurang kesedaran diri sikit aku nih, kalau dah muka jenis tak cantik tak payah duk guna product bagai laa.. cenggitu le jugak rupanya..hehehe..

Ok.. tadi aku ada berchating ngan sorang akak jual product muka, katanya, barang-barang dia jual tak de bahan kimia & 100% herba. Pot- pet, pot- pet aku duk tanya itu ini, dia bagi aku keterangan sikit pasal product muka yang menggunakan bahan kimia.. errkkk! takut aku baca..Tiba- tiba rasa cam tak pakai pape lagi kat muka nih..huhuhu..

AWAS!!! kepada kaum wanita, jadilah pengguna yang bijak memilih product yang tak akan mentadangkan kesan untuk wajah pada masa akan datang.

 *tadi aku google picture yang sesuai tuk entry ni.. x jumpa. oleh kerana aku nak jugak letak picture, nahhh! aku lukis sendiri..jadik tak? hakhak


klik untuk tumbesaran ..

sikit info yang aku dapat aku kongsi kat sini. Kalau korang rasa sayang wajah comel korang baca la..hehe

Sebab-sebab utama kenapa produk beracun digemari adalah: 

Produk yang mengandungi racun memberi kesan yang lebih cepat untuk memutih, menghilang jeragat, jerawat dan sebagainya. Pengguna yang tidak sabar pasti menyukai kesan yang cepat begini. Tetapi mereka tidak tahu, risiko kerosakan pada wajah dan kesihatan adalah sangat merbahaya.
Harganya lebih rendah kerana bahan yang tidak berkualiti.
Terpengaruh oleh iklan palsu yang hebat.
Pengguna tidak tahu (naif) peri bahayanya racun dalam kosmetik.
Sikap mengambil mudah untuk menjadi cantik di dalam jangkamasa yang pendek.

APAKAH KESAN-KESAN YANG BERBAHAYA TERHADAP PENGGUNA APABILA MEMAKAI PRODUK KECANTIKAN YANG MENGANDUNGI RACUN-RACUN TERSEBUT?

J Kesan-kesannya amat menakutkan sekiranya Puan/Saudari sedar dan prihatin terhadap kesihatan. Secara amnya, bahaya racun-racun tersebut boleh diringkaskan seperti berikut:

HIDROKUINON. Iaitu racun yang selalu digunakan pada krim malam dan krim pemutih. Racun ini telah diharamkan di bawah Akta Racun 1952 kecuali di bawah kawalan doktor/farmasi. Ia sebenarnya bahan peluntur filem, getah, rambut dan sebagainya. Sifat pelunturnya boleh menghakis lapisan luar kulit (epidermis) dan menghalang pembentukan melanin. (Melanin adalah pigmen pada kulit sebagai pelindung yang berwarna gelap/coklat). Penghakisan melanin dengan cepat menyebabkan muka menjadi putih manakala parut dan jeragat boleh hilang. Ini menyebabkan ramai pengguna tertarik. Pada peringkat awal penggunaannya, ramai pengguna terpedaya kerana kulit menjadi putih dan jeragat boleh hilang. Sebenarnya kulit yang putih oleh hakisan hidrokuinon tidak akan kekal lama kerana kulit muka akan kembali kepada warna asal oleh proses melanin tadi. Untuk terus kekal kelihatan putih, pengguna terpaksa menggunakan produk berhidrokuinon dengan lebih banyak lagi.


Penggunaannya yang berterusan mengakibatkan muka menjadi semakin nipis dan sangat sensitif, kemerahan, rasa pedih dan kesan seperti terbakar. Kulit akan menggelupas dan lapisan melanin sebagai pelindung kulit akan terus terhakis. Ini menyebabkan kulit tidak ada lagi daya pelindung mengakibatkan ia menjadi terlalu sensitif pada cahaya matahari, debu, asap, kekotoran udara dan sebagainya. Pengguna pula terus terperangkap dan terpaksa menggunakan produk yang beracun kerana jika penggunaannya dihentikan, kulit akan menjadi lebih gelap/hangus. Akibatnya penipisan kulit terus berlaku sehingga merebak pada lapisan kedua (dermis) yang mengandungi saluran darah. Pada tahap ini, sama ada hidrokuinon terperangkap di bawah kulit yang mengakibatkan kulit berbintil hodoh atau lebih malang lagi jika ia dipam oleh jantung ke seluruh tubuh yang akan merosakkan ginjal. Secara ringkasnya kesan buruk sekiranya Puan/Saudari memakai produk yang mempunyai hidrokuinon adalah:

Kulit menggelupas, nipis, pedih, gatal, kemerahan dan sensitif. Jika tidak dirawat ia akan kekal menjadi hitam/gelap, bertompok dan kelihatan hodoh dan mudah terkena kanser kulit

skin_cancer
Kulit yang nipis tidak mempunyai daya penahan, mengakibatkan wajah pengguna akan menjadi cepat tua.
anti
Hidrokuinon yang menyerap ke dalam saluran darah memberi kesan pada pertuturan, pendengaran, muntah, renjatan otot, sakit kepala, sawan dan koma.


RAKSA/MERKURI. Iaitu logam berat yang sangat beracun. Seperti hidrokuinon, ia juga sebagai agen pemutih. Ia sangat bahaya walaupun digunakan sedikit kerana ia mudah terserap ke dalam saluran darah. Raksa boleh mengakibatkan gangguan saraf, kerosakan ginjal, gangguan otak, memati sel darah dan mencacat janin.


TRETINOIN/RATIN-A
. Ia digunakan untuk menghalang atau merawat jerawat. Ia juga sangat bahaya kerana mengakibatkan kulit kering, rasa seperti terbakar, kulit menggelupas, kemerahan, sensitif dan juga mencacat janin.


Pesanan aku kalau korang dapat boyfriend yang banyak songeh pasal kecantikan muka kita, kalau berani korang lempang je laju- laju. Kalau agak tak berani korang tinggal je senyap- senyap.. hehehe.. kalau dia betul sayang kita , dia perlu terima seadanya sebabnya muka tak cantik, masalah jerawat kat muka bukan kita yang mintak. Ye dop? hehehehe

Aku tahu bila orang duk selalu tegur itu ini pasal kecantikan diri kita. Tension gak kan? Kalau tegur cantik tak apa, kalau yang jenis nak mengutuk nih.. hehehe..

Apa- apa pun, tak salah berusaha sebabnya dah memang sifat wanita suka kan kecantikan. Cumanya kita perlu lebih berhati- hati memilih sesuatu product ;)

opps! sebelum terlupa  kak nur ni la yang baik hati bagitau aku pasal info tu tadi..muahaha ;)


ok! selamat malam semua comel-comel :)

7 orang nak jadi puteri/putera:

  1. bahayanya..menakutkan kan..dah la kulit muka kta ni jenis nipis je..

    kena lah berhati2 pasni..

    BalasPadam
  2. err! mmg menakutkan cik jijah ,

    berhati-hati pilih product ehehe ;p

    BalasPadam
  3. patut la muke ko cantik..harhar

    BalasPadam
  4. da try brmacam2 jnis poduk tp x bksan pon... hbis duit ad laa

    BalasPadam
  5. sebenarnya produk terutamanya yang digunakan pada kulit terutamanya , mesti kita pastikan keberkesanannya pd kulit. apatah lagi kulit kita ni berbeza2..

    jom singgah sini sat
    Eddy Interview Retis: Roxanne


    UJANG DAN LISA SURIHANI

    BalasPadam
  6. tak pkai pencuci muka, pkai sabun buku je.
    hee~ :D

    BalasPadam

komentar