Ahad, 22 April 2012

Posted by cik Es ღ on Ahad, April 22, 2012 5 comments

Assalamualaikum & Hello ^.^


Seperti yang dijangka oleh diri sendiri sememangnya aku tak mampu mengupdate entry ketika hari bekerja. Ecehh. Sekarang status dah bertukar daripada seorang pelajar kepada seorang yang memegang jawatan guru praktikel. Alohaii.. kehidupan banyak sangat berubah dalam masa seminggu. Aku hanya mampu kuatkan hati untuk teruskan kehidupan baru. Ya, memang permulaan sesuatu kerja itu agak sukar. Tapi aku percaya ianya akan menjadi mudah bila kita dah mula serasi dan selesa dengan tugas yang diberikan. Tugas cikgu memang mencabar. Tambahan zaman sekarang budak- budak bukan sekolah bukan lagi seperti dahulu yang boleh ditegur dan dimarahi sesuka hati oleh cikgu. Aku mengaku, tempoh masa seminggu lepas memang tak cukup untuk aku menyesuaikan diri dengan keadaan sekolah dan murid. InsyaAllah aku akan terus berusaha untuk menjadi seorang guru yang mampu mendidik anak bangsa dalam tempoh praktikel ini.

Minggu pertama hanya dipenuhi dengan waktu- waktu relief . Dengan itu, dapatlah aku mengenali sikap murid di sekolah. Jadual dah dapat pada hari ketiga berpraktikel. Alhamdulillah. Kelas yang akan dikendalikan ialah pelajar tingkatan satu dan empat.

Dugaan sering datang tak kira dimana kita berada. Hari ketiga praktikel di sekolah, sony c510 kesayangan aku telah masuk air. Oh My God ! :( . Boleh dikatakan semua entry bergambar dalam blog ini ialah daripada hasil titik peluh sony aku. Walaupun tu hanyalah sony c510, bukan iPhone, samsung galaxy note,blackbery apa-apa jenis phone yang semakin canggih masa sekarang. Tetapi aku sungguh-sungguh sayang c510 tu. :(.... Macam mana boleh masuk air, biarla hanya aku dan sony yang tahu dan beberapa orang terdekat.. Sekarang ehsan housemate, aku diberi pinjam nset beliau. Nset yang hanya boleh meng-call dan di-call. Msej yang diterima lambat, dan lansung tidak boleh membalas sms. Btw thnks housemate. Semua nombor sah-sah la hilang. Ohsem ! perasaan sekarang sangatla seteress!! Semoga dimurahkan rezeki untuk mendapatkan satu nset yang lebih baik. Amin :)

(sony masuk air) ---Eshan wc compaq aku :)

Kisah hujung minggu pertama sebagai cikgu juga awesome ! Hari sabtu perlu ke sekolah untuk ganti cuti Hari Raya Haji. Tak cukup dengan itu, petangnya perlu support student lawan bola . Oke. cikgu Syahida sedang belajar menerima hakikat tugas sebagai seorang guru. =) Balik dari sekolah terima layanan dari seseorang yang badmood! oh. seronoknyee hidup. Macam nak menangis terharu je sekarang. hihihihi.. Hari ahad pula perlu diperuntukkan masa untuk menyediakan bahan bantu mengajar dan rancangan pengajaran. Esok tuan pengetua nak tengok. Ok, satu kerja pun belum jalan kerana tak de orang yang nak menggerakkan kerja tersebut. he he he he :D

Inilah yang dinamakan dugaan dan cabaran dalam kehidupan ^.^

Andai ada putera @ puteri yang sudi menjengah dan membaca entri ini, ku pinta sisiplah doa buatku agar dipermudahkan segala urusan dan dugaan.TQ




moodakusekarangtaksabarnaktunggucutisekolah
nakbalikkampungdengansegerajumpaummiayah:)



byeee (:


5 orang nak jadi puteri/putera:

  1. insyaallah kak long..moga semuanya akan dipermudahkan olehNYA. kuatkan semangat.. untuk menjadi seorang pendidik harus kuat hadapi segala cabaran untuk mendidik student. GUd Luck cikgu!!!

    BalasPadam
  2. Aku paling suka yat yg terakhir...Sekian`

    moodakusekarangtaksabarnaktunggucutisekolah
    nakbalikkampungdengansegerajumpaummiayah:)

    BalasPadam
  3. wahhh, best ta jadi cikgu? zera teringinnn! hehe

    BalasPadam
  4. kejap je kn mase b'lalu...syda da prktikal da skrg.
    da besar da die..he3

    BalasPadam
  5. semoga cikgu syahida dpt menempuhi segala dugaan dlm kerjaya sbg seorg guru nie....

    BalasPadam

komentar