Isnin, 9 Januari 2012

Posted by cik Es ღ on Isnin, Januari 09, 2012 8 comments


Assalamualaikum =)


Kepada yang dah nikah, mungkin lebih faham apa yang aku katakan nikah- bukan senang. Ustaz Azhar Idrus. Siapa tak kenal beliau? Page Ustaz.Azhar   yang mempunyai ratusan ribu peminat ini memang aku selalu follow. Dari situ bertambah la sedikit sebanyak ilmu agama aku. ^.^ Entri ni terhasil bila aku ada jumpe koleksi printskrin hasil soal jawab @ pandangan antara ustaz & pengikut di page beliau.


***********************


klik untuk lebih jelas =)

*************************


Nikah itu bukan sesenang lafaz seorang lelaki dihadapan tok  kadi aje tau. Tetapi yang tersurat itu sangat berat untuk dipikul. Tanggungjawab suami terhadap isteri tidak boleh dipandang remeh. Kaum Hawa pula perlu melengkapkan diri dengan ilmu rumah tangga bagi meringankan tanggungjawab kaum Adam. Sebelum mendirikan rumah tangga elok kiranya kita sama- sama tingkatkan ilmu rumah tangga berasaskan agama islam agama kita supaya kita mendapat redha dariNya. Amin =)



Sebelum diijabkabulkan
Syariat tetap membataskan
Pelajari ilmu rumahtangga
Agar kita lebih bersedia
Menuju hari yang bahagia  =)



Ya Allah,Jika suatu hari nanti jodohku telah tiba, Jadikan aku seorang  isteri yang solehah kepada seorang suami yang soleh ;)




8 orang nak jadi puteri/putera:

komentar