Khamis, 22 Mac 2012

Posted by cik Es ღ on Khamis, Mac 22, 2012 4 comments
                                                 
Assalamualaikum & Hello ^.^


Dalam dunia ni, tak ade seorang pun manusia yang sihat je memanjang. Tak ade jugak manusia yang sakit je seumur hidup. Mesti ada masa sakit dan masa sihatnya. Ye dop ?? he he he

Yang bagi kita sihat dan sihat ni siapa? Tentulah Allah S.W.T yang maha berkuasa. Jadi kalau tak sihat tu pujuk hati supaya bersabar. Yakin kesakitan tu Allah bagi sebab sayang kan kita. Allah sedang menguji kita. Allah nak suruh kita ingat padaNya. Berdoa supaya cepat sembuh. Kalau kita tak sakit kemungkinan kita lupa mengingatinya. Sibuk dengan urusan dunia. Terima Kasih Ya Allah kerana memberi peluang untuk aku mengingatimu. Kadang- kadang aku memang lalai  :|

Semalam aku tak gi kelas. Demam. Kerja aku tidur je la memanjang kat bilik. Hari ni, aku kuatkan diri nak pergi kelas sebabnya turn aku microteaching. Oke, habis aje sesi pengajaran aku, terus aje batuk- batuk. Aku kalau batuk memang tak tahan. Memang dari kecik kata Umi aku, kalau batuk memang sangat teruk. Minum air kosong tak hilang. Makan gula- gula tak hilang. So, aku ambik keputusan cakap kat lecture nak balik bilik waktu tu jugak. Memang perlukan ubat batuk untuk redakan batuk. Dengan automatiknya kelas tengahari aku skip bila dah makan ubat batuk. Aku balik tidur. hohoho. Petangnya ada test. Memang kena paksa diri jugak la bangun dalam keadaan pening-pening nak gi jawab test. Alhamdulillah . Semuanya Ok. Allah memang menguji hambanya mengikut kemampuan diri. Kalau kita tak mampu Allah tak akan uji. Ni dah empat hari aku demam. Macam takde tanda nak baik lagi aje..

Sekarang aku rasa penat sangat. Nak tidur tak lena sangat. Mesti akan kejut- kejut. Macam semalam sampai pagi duk bepusing kat katil :(

Harap-harap cepat la baik. Minggu depan banyak menda nak kena siapkan before nak tinggalkan UPM ni. huhuhuhu... ^.^


Sesungguhnya time- time camni aku sangat rindukan Umi . Sob sob !_!

Categories:

4 orang nak jadi puteri/putera:

  1. oo..kat UPM. dekat la.. :)
    saya kalau batuk, fisherman's friend memang sentiasa ada dlm poket.. semoga cepat sembuh!

    BalasPadam
  2. sakit penghapus dosa.huhu.moga copek sembuh :)

    BalasPadam
  3. insyaAllah :)

    dah sembuh dah skrg. Alhamdulillah -

    BalasPadam

komentar