Hujung minggu seperti biasa, kalau kehidupan di kolej mesti ada aje aktiviti yang dieorang duk rancang kan? Ok! Oleh kerana aku dah final year, aku tak nak terlibat ngan semua aktiviti- aktiviti tu, boleh? elok kirannya aku menghabiskan sisa- sisa pengajian di UPM dengan menaip
Pagi tadi bangun dari tidur , aku duk dengar orang duk berbalas pantun. Kalau kat umah biasanya orang duk berbalas pantu mesti ada orang datang merisik, meminang kan? Tapi hari ni kat kolej aku dieorang apa pertandingan pantun antara kolej kat UPM.
Maka, terkenanglah aku zaman sekolah dulu time pakai kain sekolah biru gelap, baju biru, tudung biru ( pengawas) , masuk pertandingan pantun. hahaha. best ! Time tu sampai peringkat daerah. rindu cikgu- cikgu, rindu kawan- kawan, rindu zaman cinta kat sekolah , bab cinta aku paling ingat bila ada orang lipat surat lukih gambar kartun tweety kesukaan aku kat luar surat letak atas kerusi bawah buku teks ekonomi. Isi surat biar jadi rahsia hati aku je..Ada jugak rupenya orang suka aku..HAHA.
Kenangan manis adalah indah untuk dikenang, kenangan pahit jadikan pengalaman untuk kehidupan akan datang :)
Selamat berhujung minggu !
******
Categories: kenangan
hehe. rindu zaman sekolah dulu
BalasPadamrasa kelakar je bila ingat balik
tingat zaman nakal kat sekolah :)
BalasPadamhaha.....cinta zaman skola mmg kelakar,tp manis... sy dulu berutus surat tiap2 hari tau..dah jadi sebahagian homework tau tulis surat cinta ni..
BalasPadamkelinci99
BalasPadamTogel Online Terpercaya Dan Games Laiinnya Live Casino.
HOT PROMO NEW MEMBER FREECHIPS 5ribu !!
NEXT DEPOSIT 50ribu FREECHIPS 5RB !!
Ada Bagi2 Freechips Untuk New Member + Bonus Depositnya Loh ,
Yuk Daftarkan Sekarang Mumpung Ada Freechips Setiap Harinya
segera daftar dan bermain ya selain Togel ad juga Games Online Betting lain nya ,
yang bisa di mainkan dgn 1 userid saja .
yukk daftar di www.kelinci99.casino