Rabu, 10 Ogos 2011

Posted by cik Es ღ on Rabu, Ogos 10, 2011 2 comments
Salam Ramadhan :)


Entry ni saya tujukan kepada semua tidak kira lelaki mahupun perempuan. Kisah lelaki acuan Al- Quran ni saya jumpa dalam my lovely lappy time duk cari-cari something. Terbaca kisah ni dan teringin untuk kongsikan bersama. Orang kata pengetahuan/ ilmu kalau dikongsi bersama bertambah berkat. Dok gitu? hehehe


Saya nak pinjam sikit masa awak untuk baca kisah ni boleh?  =)


Lelaki Acuan Al-Quran Ialah Seorang Lelaki 
Yang Beriman,
Yang Hatinya Disaluti Rasa Taqwa Kepada 

Allah SWT,

Yang Sentiasa Haus Dengan Ilmu,
Yang Sentiasa Dahaga Dengan Pahala,
Yang Solatnya Adalah Maruah Dirinya,
Yang Tidak Pernah Takut Berkata Benar,
Yang Tidak Pernah Gentar Untuk Melawan Nafsu,

Lelaki Acuan Al-Quran Ialah Lelaki Yang Menjaga
Tutur katanya,
Yang Tidak Bermegah Dengan Ilmu Yang
Dimilikinya,
Yang Tidak Bermegah Dengan Harta Dunia Yang
Dicarinya,
Yang Sentiasa Berbuat Kebaikan Kerana
Sifatnya, Yang Pelindung Yang Mempunyai Ramai Kawan,

Dan Tidak Mempunyai Musuh Yang Bersifat Jembalang,
Lelaki Acuan Al-Quran Ialah Lelaki Yang
Menghormati Ibubapanya,
Yang Sentiasa Berbakti Kepada Kedua Orang
Tua Dan Keluarga,
Yang Bakal Menjaga Keharmonian
Rumahtangga,
Yang Akan Mendidik Anak-Anak Dan Isteri
Mendalami Agama Islam,
Yang Mengamalkan Hidup Penuh
Kesederhanaan
Kerana Dunia Baginya Adalah Rumah Sementara
Menunggu Akhirat,

Lelaki Acuan Al-Quran Sentiasa Bersedia Untuk
Agamanya,
Yang Hidup Di Bawah Naungan Al-Quran Dan
Mencontohi Sifat Rasulullah SAW,
Yang Boleh Diajak Berbincang Dan berbicara,
Yang Sujudnya Penuh Kesyukuran Dengan
Rahmat Allah Ke Atasnya,

Lelaki Acuan Al-Quran Tidak Pernah
Membazirkan Masa,
Yang Matanya Kepenatan Kerana Kuat Membaca,
Yang Suaranya Lesu Kerana Penat Mengaji Dan Berzikir,
Yang Tidurnya Lena Dengan Cahaya Keimanan,
Yang Bangun Subuhnya Penuh Dengan Kecerdasan,
Kerana Sehari Lagi.....Usianya Bertambah Penuh
Kematangan,

Lelaki Acuan Al-Quran Sentiasa Mengingati Mati,
Yang baginya Hidup Di Dunia Adalah Ladang
Akhirat,
Yang Mana Buah Kehidupan Itu Perlu Dibajai Dan
Dijaga Meneruskan,
Perjuangan Islam Sebelum Hari Kemudian,

Lelaki Acuan Al-Quran Ialah,
Lelaki Yang Tidak Mudah Terpesona Dengan
Buaian Dunia Kerana Dia Mengimpikan Syurga,
Di Situlah Rumah Impiannya,
Bersama Wanita Acuan Al-Quran.






temukan aku dan dia :)



Jadikan  diri sendiri sebagai  insan acuan Al- Quran supaya Allah menemukan kita dengan pasangan acuan Al- Quran :)
Tata- Selamat Berpuasa :)
Categories:

2 orang nak jadi puteri/putera:

  1. salam kak shida..sakinah follow kak shida dah!hehe

    BalasPadam
  2. berusaha ke arah itu. sukar memang sukar. cuba tetap cuba. Insyallah

    BalasPadam

komentar