Assalamualaikum & Hello ^^
Selamat Petang =)
Oh. Masih syawal kan? Aku kira masih tak terlambat nak ucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri . Maaf Zahir dan Batin. HAHAHA.. Baru nak ucap ? Iyo la , dah baru jenguk blog kuning aku nih. hehehe.
Mood raya masih ada, sebabnya kuih raya tak abih lagi (sambil kunyah kerepek raya) . Muehehe. :D
Apekehal baru nak bercerita pasal raya? ni entry orang lain dari raya pertama dah update kot ! agak ketinggalan disitu . haha. Ok, tak nak cerita lebih-lebih raya just nak ucapkan Selamat Hari Raya pada semua umat islam =)
**********
Kembali kepada tajuk entri ,
Hari ni banyak aku baca kisah anak yang selalu tak reti nak hormat ibu. Dah besar kau lupa pengorbanan seorang ibu. Oh ! Masa kecik kau memang tak sedar apa yang mak kau telah lakukan untuk besarkan kau. Tak ingat ?? Oh. mak-mak sekalian, tolongla ceritakan pada anak-anak, bahawa sukarnya untuk membesarkan seorang anak. Bukan bertujuan untuk mengungkit penat lelah ibu membesarkan anak-anak, tetapi menyedarkan anak-anak yang mungkin tak tahu kesusahan ibu masa kecik mengasuh mereka. Anak-anak sekarang dah besar semuanya dah senang. Celik mata, semuanya sempurna. Apa yang mereka mintak semuanya dituruti. Bila dah besar, dah rasa pandai sangat , terus lupa diri. Tak hormat mak lagi. Lantas, timbullah macam-macam kes anak buli mak, buang mak, cederakan mak, tinggalkan mak. Nauzubillah =(
Pernah dengar?
Apabila mata seorang ibu tertutup, maka hilanglah satu keberkatan daripada ALLAH iaitu, DOA seorang IBU ^^
Tak salah rasanya berkongsi benda yang sama dengan tujuan mengingati. Ibu insan paling berharga dalam hidup. Aku selalu berdoa semoga umur umi dipanjangkan dan aku dapat berbakti kepadanya satu hari nanti. Selagi ibu masih ada, hargailah mereka =)
tak ready dah click ? haha byee :) |
0 orang nak jadi puteri/putera:
Catat Ulasan
komentar