Rabu, 30 November 2011

Posted by cik Es ღ on Rabu, November 30, 2011 4 comments
Aku memang selalu ketinggalan kalau bab- bab drama tayangan kat TV3. Ok, sekarang aku tengok ramai friend list aku kat facebook duk cerita pasal cerita Tentang Dhia. Siap post bait- bait skrip bagai kat facebook tu. Hebat benor ke cerita ni. Tadi time balik kelas pukul 7 lebih, aku tengok ramai je orang kat bilik TV kolej . Comfirm duk tengok cerita Dhia la ni.

Kalau kat rumah aku rajin gak layan drama tv 3 ngan adik- adik aku depan TV. Tapi kalau nak tengok cerita Dhia yang ditayangkan nak masuk waktu magrib ni kat rumah, comfirm kena sekeh kepala ngan ayah aku. Umi plak tak berhenti ler membebel jawabnya. HAHAHA. 

Tadi aku serch you tube, apa ke benda la cerita Dhia ni. Bukan apa, tau mau terus ketinggalan. hakhak. OK! Aku mula nonton episod satu , . NOT BAD! Syok je aku tengok, sampai episod 5 dah. Haha.. Baru tersedar malam ni niat aku nak buat esemen telah terpesong dek cerita Dhia. muehehe

Apa-apa pun, cerita ni memang best. For sure I will continue for next next next episode, :p




Tajuk : Dia Untuk Ku/ Adi Putra

Sejak bertemu kau dan aku
Menusuk jantung ku, mula jiwaku
Merelakan menjadi milikmu
Itu yang ku mahu, itu yang ku mahu cintamu

Sinar mentari pasti
Menyinar hati yang sunyi
Biarlah aku bermimpi
Kerna dibuai sepi

Dhia yang aku cinta
Selama ini ku cuba harapkan
Cuba kau fahami
Takkan dirimu dilukai

selamat menonton :)

Categories:

4 orang nak jadi puteri/putera:

komentar